Mahathir Tidak Konsisten Tempoh Peralihan Kuasa | Malaysia News

Mahathir Tidak Konsisten Tempoh Peralihan Kuasa

Mahathir Tidak Konsisten Tempoh Peralihan Kuasa

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, kali ini beliau berkata yang peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada November tahun depan.

“Saya berjanji akan menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya, tetapi saya rasa peralihan tergesa-gesa sebelum sidang APEC akan menimbulkan gangguan.

“Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya (Anwar Ibrahim). Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” katanya dalam wawancara Reuters, Selasa (10/12/2019).

Apabila ditanya sama ada peralihan kuasa boleh dilakukan pada Disember 2020, Mahathir hanya berkata beliau akan menunggu dan melihat bila masa itu tiba.

Sebelum ini, penulis buku politik, Shahbudin Husin berkata bahawa kenyataan Mahathir tentang peralihan kuasa tidak konsisten dan berdolak-dalih. Beliau sering membuat kenyataan yang berbeza-beza mengenai tempoh peralihan kuasa.

Sebelum menang PRU-14 dan sebelum kuasa berada dalam genggaman, Tun Mahathir sering mengatakan yang beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama dua tahun sahaja.

“Malangnya, sebaik saja kuasa ada dalam tangan, nada suaranya mula berubah dengan keinginan berkuasa selama dua tahun tadi sudah bertukar menjadi dua tahun setengah, kemudian tiga tahun, seterusnya sehingga ekonomi pulih dan sebagainya,” kata Shahbudin pada Selasa (3/12/2019).

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply