Mampukah Kerajaan Perikatan Nasional Bertahan? - Ketua Pemuda UMNO | Malaysia Top News
December 1, 2020

Mampukah Kerajaan Perikatan Nasional Bertahan? – Ketua Pemuda UMNO

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki suarakan soalan kedudukan PN selepas usul mengosongkan kerusi Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menang tipis di Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata, dalam undian itu, seramai 111 daripada Ahli Perlimen menyokong usul itu manakala 109 lagi mengundi untuk menolak.

“Usul tukar speaker lulus dengan majoriti tipis.

“Mampukah kerajaan PN ini bertahan?” Soalnya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Dalam ciapan itu, Asyraf berkata, satu undi adalah diklasifikasi sebagai berkecuali, manakala satu lagi tidak hadir,

“Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (BN Kota Marudu) sakit; Datuk Mohd Rashid Hasnon (Ahli Parlimen Batu Pahat) tidak mengundi,” katanya.

Pada Ahad, Asyraf Wajdi mencadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen sekiranya usul yang dikemukakan hari ini gagal.

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •