Mengapa PH Perlu Menetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Pada Mesyuarat 21 Feb? | Malaysia News

Mengapa PH Perlu Menetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Pada Mesyuarat 21 Feb?

Mengapa PH Perlu Menetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Pada Mesyuarat 21 Feb?

Kuala Lumpur, MTN – Pertemuan para pemimpin politik Pakatan Harapan (PH) pada esok hari (21 Februari) dikatakan akan menetapkan tarikh peralihan kuasa. Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam kenyataan akhbar yang dibuat pada 13 Februari.

Secara peribadi, saya fikir begitu juga. Kerana, ada beberapa alasan yang membuatkan agenda penentuan tarikh peralihan kuasa mesti diputuskan pada pertemuan esok.

Pertama, dengan menentukan tarikh peralihan kuasa akan menamatkan polemik ketidakpastian dan ketidakstabilan politik yang telah berlangsung semenjak sepanjang tahun lalu. Keputusan itu juga pastinya mempunyai kesan positif terhadap kestabilan politik Malaysia dan menjadikan Pakatan Harapan lebih fokus dalam memenuhi janji politiknya.

Kedua, penetapan tarikh itu akan menjadikan Malaysia lebih kondusif dan mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap keadaan pelaburan. Keadaan polemik dan kondusif yang lebih baik adalah syarat untuk menjana pelaburan ekonomi yang lebih besar.

Ketiga, penetapan tarikh akan membawa harapan dan optimisme baru pada kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Kepada DSAI, rakyat Malaysia sedang menunggu kehadiran Malaysia Baru yang anti rasuah, yang menggalakkan hak yang sama dan memperkasakan ekonomi golongan lemah (B40).

Keempat, penentuan tarikh peralihan kuasa akan mengubah persepsi internasional terhadap Malaysia. Malaysia yang berjaya melancarkan agenda peralihan kuasa dengan baik (lancar) akan menjadikan Malaysia sebagai salah satu rujukan kepada amalan demokrasi parlimen yang baik di dunia.

Selain daripada faktor Tun Mahathir yang komited kepada peralihan kuasa, empat alasan ini pastinya perlu dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan untuk menentukan tarikh peralihan kuasa pada mesyuarat esok. Sebab, jika semakin lama tidak diputuskan, semakin lama ketidakpastian politik akan berlangsung.

Sudah tentu, keadaan ini akan merosakkan ekonomi Malaysia dan tidak memberi manfaat kepada kehidupan rakyat Malaysia.

@RaheemArshavin

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply