TUN M MAHU JADI DIKTATOR, DEMI MENUTUP KES RASUAH MASA LAMPAU | Malaysia News
September 18, 2024

TUN M MAHU JADI DIKTATOR, DEMI MENUTUP KES RASUAH MASA LAMPAU

TUN M MAHU JADI DIKTATOR, DEMI MENUTUP KES RASUAH MASA LAMPAU

Patutlah tarikh peralihan kuasa tidak disebutkan, lokasi mesyuarat disembunyikan, pakai alasan menunggu persidangan APEC, rupa-rupanya Tun Mahathir mahu mencuri. Bukan lagi mencuri, dia mahu merompak. Bukan sekadar mahu merompak wang, tapi mahu merompak kekuasaan.

Dengan melengah-lengahkan tarikh ini, kemudian menyembunyikan lokasi mesyuarat, Tun M dapat mengubah, bahkan memeta-ulang kekuatan gabungan yang sebelumnya telah bersepakat bahawa jawatan yang dijawat oleh Tun M itu hanyalah untuk sementara, kemudian haruslah dia menyerahkan jawatan tersebut kepada DS Anwar Ibrahim berdasarkan keputusan yang telah disepakati oleh gabungan PH sebelum PRU 14. Inilah, maksudnya bahwa Tun M benar-benar ingin merompak kekuasaan.

Dengan merompak kekuasaan, maka jelas bahawa Tun Mahathir akan jadi diktator, dia mahu mencontohi rejim Komunis China atau paling tidak ingin menjadi seperti tirani Korea Utara. Malangnya Tun Mahathir pengecut, memanfaatkan kekuatan Melayu di UMNO dan kekuatan Islam di PAS.

Nampaknya, Tun M masih belum punya keberanian seperti Xi Jin Ping atau Kim Jong Un. Mental Tun M masih mental seekor tikus.

Sayangnya Tun M masih pengecut, memanfaatkan Zahid Hamidi dan Hadi Awang yang sebenarnya merupakan kelompok pembangkang untuk mengusulkan undi percaya.

Seharusnya, kalau Tun M berani dia boleh kata, “Ya, saya tak mahu Anwar jadi PM selepas saya, kerana Anwar tahu terlalu banyak kes rasuah saya yang telah saya lakukan di masa lampau. Justeru kamu semua mahu apa?”

SEKALI LAGI, TERNYATA TUN M MASIH PENGECUT!!!

By: Burhanudin Cahaya Lillah

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply