Mukhriz: Muhyiddin Dulu Lain, Sekarang Dah Lain
Mukhriz: Muhyiddin Dulu Lain, Sekarang Dah Lain
Kedah, MTN – Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir tertanya-tanya bagaimana seseorang yang pernah meyakinkan orang lain menentang skandal 1MDB boleh mengalih pendiriannya kepada Umno.
Ketika berucap di hadapan anggota Bersatu di Alor Setar malam tadi, Mukhriz mempertikaikan tindakan Muhyiddin Yassin yang merupakan presiden Bersatu dan juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru itu mengenai pendiriannya yang berubah walaupun setelah dipecat oleh Umno.
Mukhriz berkata Muhyiddin merupakan individu yang ketika itu merupakan bekas timbalan perdana menteri, yang mula mengutuk bekas pemimpinnya Najib Razak iaitu bekas perdana menteri, kerana terlibat dalam skandal 1MDB.
“Tuan puan sendiri pun tengok sendiri dalam video, siapa yang ada dalam Youtube tu? Berpuluh-puluh rakaman yang menjelaskan satu-persatu mengenai penyelewengan yang melibatkan Najib Razak berkait dengan SRC, 1MDB, jumlah wang yang begitu banyak masuk ke dalam akaun peribadinya, kalau tidak presiden parti kita sendiri.
“Sewaktu dia masih dalam Umno lagi ni, berlatar belakangkan banner Umno lagi dan mula cerita, mula mendedahakn penyelewengan presiden Umno ketika itu. Bila dipecat lagilah, begitu detail (terperinci) ceritakan mengenai pengakuan Najib sendiri dan bukti-bukti yang dia nampak dengan mata dia sendiri.
“Atas sebab itulah kita semua ni terpengaruh. Bukan terpengaruh saja tapi yakin dengan bukti-bukti yang telah disenaraikan satu-persatu oleh pejuang kita waktu itu, yang akhirnya bila kita bertanding dalam PRU14 hari tu, kita menang.
“Kita menang bersama dengan PH, kita telah berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang ada waktu tu (telah memerintah selama) 60 tahun,” katanya di kediaman beliau di Mentaloon.
Pada hari Isnin, Muhyiddin membentuk kerajaan baru dengan sokongan daripada ahli parlimen dari Umno dan PAS.
Azmin Ali yang dipecat PKR daripada jawatan timbalan presiden parti dan 10 MP PKR lain menyertai Muhyiddin dalam gabungan baru itu.
Bagaimanapun, Muhyiddin sebelum ini berkata beliau tidak mengidam jawatan perdana menteri dan hanya mahu menyelamatkan keadaan ekoran krisis politik yang melanda negara.
Mukhriz tadi malam juga berkata beliau seakan ‘kelu’ apabila melihat Muhyuddin bertukar pendiriannya dan kini rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin kleptokrat dari Umno.
“Hari ni bila kita lihat bahawa orang yang sama berpaling tadah sehingga boleh menerima pula orang yang menjatuhkannya dulu, yang kemudian kita pula jatuhkan depa (mereka), la ni kita nak terima depa? Sorrylah.
“Saya tidak akan mengiyakan, menghalalkan kemungkaran sepertimana yang kita telah lawan pada PRU14. Kita tak boleh terima perkara ini.
“Saya sangat percaya pada Tan Sri Muhyiddin Yassin.. yang dulu. Apa bezanya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dulu dengan sekarang?
“Sekarang dia digelar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu kunci dia. Bila jadi PM semuanya berubah, matlamat menghalalkan cara.
“Dan jadi seorang PM tu siapa dia kena jatuh? PM sebelum dia iaitu pengerusi parti kita bukan orang lain, bukan Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim tak jadi lagi PM,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan