Afif Bahardin Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian | Malaysia News

Afif Bahardin Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian

Afif Bahardin Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian

Kuala Lumpur, MTN – Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Perkara itu disahkah oleh Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

“PKR Pulau Pinang mengambil maklum bahawa YB Dr Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya telah meletak jawatan Exco Pulau Pinang pagi tadi.

“PKR Pulau Pinang turut maklum bahawa peletakan jawatan tersebut adalah di atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kon Yeow hari ini mengesahkan perkara itu selepas pertemuan dengan Dr Afif jam pada 8.15 pagi ini.

Malah mesyuarat EXCO Pulau Pinang juga telah menerima peletakan jawatan beliau.

Peletakan jawatan tersebut berlaku selepas bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menegaskan akan kekal dalam parti dan komited kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Dr Afif adalah antara individu yang menyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply