Parlimen: Bank Makanan Siswa Telah Memberi Manfaat Kepada Lebih Daripada 6,000 Mahasiswa | Malaysia News

Parlimen: Bank Makanan Siswa Telah Memberi Manfaat Kepada Lebih Daripada 6,000 Mahasiswa

Parlimen: Bank Makanan Siswa Telah Memberi Manfaat Kepada Lebih Daripada 6,000 Mahasiswa

Kuala Lumpur – Program Bank Makanan Siswa, yang sehingga saat ini telah dilaksanakan di sebanyak 21 buah universiti di seluruh negara, telah memberi manfaat kepada lebih daripada 6,870 mahasiswa semenjak ianya dilancarkan pada 15 Februari.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen dalam penjelasannya kepada Dewan Rakyat hari ini berkata bahawa program ini dapat membantu mahasiswa, terutamanya yang datang dari golongan keluarga B40, supaya dapat memberikan tumpuan terhadap pengajian mereka.

“Program ini merupakan kerjasama antara penyumbang dan pihak universiti serta dilaksanakan melalui dua konsep iaitu ‘Food Pantry’ dan ‘Food Kitchen’ buat mengurangkan kos sara hidup mahasiswa yang layak,” katanya pada hari Rabu (27/11).

Beliau menjawab pertanyaan dari Muslimin Yahaya (PH-Sungai Besar) yang ingin tahu adakah program ini berjaya dan berapakah jumlah mahasiswa yang mendapat manfaat daripadanya.

“Food Pantry adalah tempat di mana makanan kering disimpan di ruang yang sesuai dan dikendalikan oleh persatuan mahasiswa yang telah diamanahkan. Kemudiannya baru akan diagih-agihkan kepada mahasiswa yang layak mengikut jadual,” katanya.

“Sementara itu, Food Kitchen pula adalah tempat di mana bahan-bahan mentah yang disumbangkan oleh penyumbang dimasak dan makanan yang telah siap dimasak tersebut kemudiannya diagih-agihkan kepada mahasiswa yang layak,” tambahnya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply