Pilihan Umum Ke-15, Barisan Kepimpinan Baharu Amanah P. Pinang Bersedia Menang Jantung Rakyat | Malaysia News

Pilihan Umum Ke-15, Barisan Kepimpinan Baharu Amanah P. Pinang Bersedia Menang Jantung Rakyat

Pilihan Umum Ke-15, Barisan Kepimpinan Baharu Amanah P. Pinang Bersedia Menang Jantung Rakyat

George Town, MTN – Pengerusinya Dr Roslan Ahmad berkata Barisan kepimpinan baharu Amanah Pulau Pinang berikrar untuk memperkemas dan memperkukuh lagi parti itu agar terus memenangi hati rakyat.

Beliau berkata mereka juga akan menyusun pelbagai langkah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

“Kami yakin dengan persediaan tiga tahun yang kami ada kami dapat menyusun langkah-langkah, memperkemas parti di peringkat cawangan dan kawasan.

“Kami harap dapat ‘menerobos’ kawasan-kawasan sebelum ini yang mungkin merupakan kawasan kuat lawan kami, walaupun jumlah ahli kami setakat ini 2,000 di Pulau Pinang, kami akan menggerakkan peranan,” katanya pada sidang media bagi memperkenalkan barisan kepimpinan baharu Amanah Pulau Pinang di sini, hari ini.

Barisan kepimpinan baharu itu dipilih pada Konvensyen Amanah Pulau Pinang, 23 Nov lepas.

Sementara itu Naib Pengerusi 1 yang juga pengarah komunikasi Amanah Pulau Pinang Dr Zaidi Zakaria berkata antara cabaran terbesar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan amnya ketika ini adalah untuk menangani berita palsu.

“Perkara-perkara ini boleh mengagalkan usaha membina negara yang inklusif, berintegriti dan gemilang di persada dunia,” katanya, dan seterusnya menggesa kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan pantas terhadap mereka yang menyebabkan berita palsu.[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply