PM Termuda Dunia Tidak Perlu Nasihat Daripada 'Orang Lama' | Malaysia News

PM Termuda Dunia Tidak Perlu Nasihat Daripada ‘Orang Lama’

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri tertua di dunia menasihati Sanna Marin (PM baharu Finland) supaya bertanya kepada “orang lama” bagi mendapatkan nasihat mereka.

Sebagai antara pemimpin veteran, kata Dr Mahathir, mereka percaya kepada idealisme anak-anak muda, namun adalah penting bagi kumpulan pemimpin berkenaan untuk mengambil kira pengalaman orang-orang lama.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata Sanna Marin yang juga sebagai Perdana menteri termuda dunia tidak memerlukan nasihat daripada pemimpin dunia lain.

“Lihatlah, beliau (Sanna Marin) tidak memerlukan nasihat (Mahathir). Ini salah satu isu apabila segelintir pihak beranggapan kerana anda muda, anda tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran.

“Saya sudah melihat beliau menjadi menteri dan sudahpun menjadi sebahagian daripada aggota kerajaan. Apa yang saya boleh katakan adalah ia dilakukan dengan baik,” katanya seperti dilapor Reuters.

Marin juga mengambil alih pimpinan kerajaan di tengah-tengah mogok pekerja selama tiga hari yang dibimbangi mengganggu pengeluaran di beberapa kilang utama.
Facebook Comments