Presiden Erdoğan Menyatakan Ucapan Takziahnya Kepada Keluarga Anwar

Presiden Erdoğan Menyatakan Ucapan Takziahnya Kepada Keluarga Anwar
Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ucapan takziah itu kerana ayah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia.
“Presiden Republik Turki Recep Tayyip Erdoğan menelefon saya dan Azizah seusai majlis tahlil pada malam ini untuk mengucapkan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Turki,” kata Anwar dalam media sosialnya malam ini.
Menurut Anwar, Duta Besar Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci turut hadir pada majlis tahlil arwah malam ini.
Allahyarham Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang kira-kira pukul 11.15 pagi ini.
Allahyarham berusia 93 tahun meninggal dunia di kediamannya di Taman Nirwana, Ampang pada pukul 2.30 pagi ini kerana sakit tua.
Author Profile
Latest entries
PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020