Polis Buru Penyamun Menyamar Kontraktor TNB
Polis Buru Penyamun Menyamar Kontraktor TNB
Kuala Lumpur, MTN – Polis memburu seorang lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang giat membuat pemeriksaan di premis sebelum mencuri dan menyamun barang berharga.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzafir Mohd Yussof berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu dipercayai memperdaya mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai kontraktor syarikat bekalan elektrik itu sebelum meminta kebenaran untuk memeriksa meter di premis yang disasarkan.
“Suspek akan minta untuk menutup meter elektrik dan menyuruh semua staf atau pemilik premis keluar supaya tidak tercedera semasa proses pemeriksaan dibuat. Setelah semua keluar, suspek akan menggeledah premis dan mencuri barang berharga dan wang tunai daripada premis berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek turut memperkenalkan diri sebagai kontraktor bangunan iaitu wakil pemaju untuk memeriksa bangunan.
Ahmad Dzafir berkata sebanyak empat laporan polis diterima berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku sejak Disember lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan