PUBG Mobile Akan Dipertandingkan Di Sukan Asia 2022 | Malaysia News
December 9, 2021
PUBG Mobile

PUBG Mobile akan Dipertandingkan di Sukan Asia 2022

Kuala Lumpur, MTN – Permainan PUBG Mobile akan menjadi antara lapan acara e-Sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China bermula 10 hingga 22 September depan.

Turut dipertandingkan ialah Arena of Valor Asian Games Version, DOTA 2, Dream Three Kingdoms 2, permainan bola sepak jenama EA Sports Fifa, Hearthstone, League of Legends dan Street Fighter V.

Permainan PUBG Mobile yang dibangunkan bersama Lightspeed and Quantum Studios milik Tencent Games dan KRAFTON itu antara permainan mudah alih paling popular di dunia dan diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Setiap peserta yang bakal beraksi pada temasya itu akan bersaing dalam versi Sukan Asia PUBG Mobile bagi merebut pingat emas.

Advertisement

Pemilihan PUBG Mobile di Sukan Asia 2022 membuktikan perkembangannya sebagai permainan e-Sukan mudah alih paling popular dengan lebih 1 bilion muat turun di serata dunia.

Pengarah e-Sukan Global Tencent Games, James Yang berkata, pihaknya berbesar hati dengan pemilihan PUBG Mobile sebagai permainan yang akan dipertandingkan di temasya berprestij itu.

[BH]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •