Saifuddin: Hubungan Antara DSAI dengan Dr Mahathir Masih Baik
Saifuddin: Hubungan Antara DSAI dengan Dr Mahathir Masih Baik
Kuala Lumpur, MTN – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan terdapat masalah dalam hubungan antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.
Ini selepas Dr Mahathir yang dikatakan akan menjadi penceramah utama pada majlis Pertahan Mandat Rakyat di Pusat Konvensyen Sime Darby malam ini telah membatalkan kehadirannya pada saat akhir.
Saifuddin yang juga setiausaha agung PH berkata Mahathir tidak dapat hadir kerana beliau baru saja pulang dari Langkawi.
“Saya akan jumpa Dr Mahathir besok. Saya berhubung dengan Dr Mahathir sampai petang tadi,” katanya menjelaskan tiada isu yang patut timbul.
Beliau berkata PH mengundang Dr Mahathir untuk berucap pada majlis malam ini kerana gabungan itu dahulu telah mencalonkan beliau sebagai perdana menteri.
Menjawab soalan pemberita, Saifuddin berkata hubungan Mahathir dan PH masih baik.
Menurut atur cara majlis malam ini, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir juga dikatakan akan berucap.
Difahamkan Mukhriz juga tidak hadir pada malam ini.
Seorang sumber memberitahu Malaysiakini, Mukhriz tidak dapat hadir kerana sebagai timbalan presiden Bersatu beliau berhasrat bertanding dalam pemilihan parti.
“Beliau mahu mengambil bahagian dalam pemilihan parti. Jadi, beliau tidak mahu parti mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin berkata akar umbi Bersatu dari Perlis ke Sabah turut hadir majlis malam ini.
Mahathir dilaporkan menyalahkan Anwar dan PH kerana menyebabkan beliau gagal untuk dilantik kembali sebagai perdana menteri yang menyebabkan PN berjaya mengambil alih tampuk pentadbiran negara.
Dr Mahathir mendakwa kerajaan PH runtuh kerana pada saat genting kemelut politik tempoh hari, PH menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri manakala Muhyiddin pula sanggup bekerja sama dengan Najib dan pemimpin Umno lain yang sedang berhadapan tuduhan rasuah di mahkamah.
Anwar terus sabar
“Tiba-tiba PH namakan Anwar, saya kalah. Dia pun kalah. Dua-dua tiada majoriti
“Saya dikalahkan disebabkan PH tidak sokong saya. Saya pun terima lah.
“Setelah PH tolak saya dan namakan Anwar sebagai PM, tapi mereka ada sokong balik saya tapi terlewat lah.
“Kerana tindakan PH tolak saya dan saya juga tak sanggup kerjasama dengan Najib dan geng-geng dia, maka hari ini yang menjadi perdana menteri ialah Muhyiddin Yassin,” jelasnya lagi.
Semalam, Mahathir dipetik The Sun berkata jika beliau dilantik semula menerajui kerajaan semasa penjajaran politik baru-baru ini, Anwar mahu menjadi timbalan perdana menteri.
Anwar juga dilaporkan mempersoalkan keperluan untuk terus mengkritik dirinya.
“Saudara tahu perjanjian (peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar) dibuat pada 2018. Sudah tandatangan semua. Ia tak ditunaikan (tetapi) saya tak bantah, terus sabar.
“Ada kawan cadang kalau boleh saya (dilantik) timbalan perdana menteri. (Mahathir jawab) ‘Tak boleh’. Tak apa kita teruskan.
“Nak kutuk saya lagi buat apa?” kata Anwar.[mk]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan