Tangani COVID-19, Foodpanda APAC Tubuh Jawatankuasa | Malaysia News

Tangani COVID-19, Foodpanda APAC Tubuh Jawatankuasa

Tangani COVID-19, Foodpanda APAC Tubuh Jawatankuasa

Kuala Lumpur, MTN – Peneraju platform penghantaran makanan foodpanda Asia-Pacific (APAC), menubuhkan satu jawatankuasa bagi pelaksanaan langkah melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja serta rakan perkhidmatannya berikutan penularan COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, foodpanda berkata Jawatankuasa Perancangan Kelangsungan Perniagaan (BCP) itu dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda APAC Jakob Angele dan turut dianggotai oleh pemimpin perniagaan syarikat tersebut.

Sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan, BCP telah melaksanakan siri kaedah yang dinamik.

“Ini termasuk pemeriksaan suhu mandatori sebanyak dua kali sehari untuk kakitangan selain pemeriksaan suhu untuk rakan kongsi penghantaran, kemudahan kerja dari rumah dan panggilan telesidang untuk pekerja pejabat dan merancang pasukan berbeza bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan,” katanya.

Foodpanda turut menetapkan garis panduan bekerja dari rumah untuk pekerja yang menggunakan pengangkutan awam dan tidak sihat, menggantung perjalanan perniagaan di dalam serta di peringkat Asia Pasifik, Eropah dan Timur Tengah serta Afrika Utara (MENA) sehingga sekurang-kurangnya akhir Mac 2020 selain membatalkan acara dan persidangan kumpulan dalaman dan luaran yang dirancang sebelum ini.

Pada masa sama, foodpanda APAC akan terus memantau perkembangan COVID-19 dan melaksanakan langkah selanjutnya, jika keadaan memerlukan.[Bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply