Saya Janji Akan Lepaskan Jawatan Ini - Tun M | Malaysia News

Saya Janji Akan Lepaskan Jawatan Ini – Tun M

Saya Janji Akan Lepaskan Jawatan Ini – Tun M

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan apa yang terbuku dalam hatinya apabila bercakap tentang penggantinya sebagai Perdana Menteri ke-8 kelak.

Mahathir yang kini berada di Doha ketika ditemuramah oleh media antarabangsa mengulangi kembali janji peralihan kuasa kepada bakal Perdana Menteri yang sedang ‘menunggu’, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

“Seperti yang saya janjikan, saya akan tetap lepaskan jawatan ini. Terlebih dahulu, saya sedang meyelesaikan dulu masalah-masalah besar yang telah ditinggalkan oleh pentabiran terdahulu.

“Saya janji akan letak jawatan dan serahkan kepada calon yang telah ditetapkan dalam gabungan PH ini (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

Apabila beliau ditanya pula tentang hubungan antara beliau dengan Anwar yang ternyata dengan ‘sejarah silam’ sebelum ini, kata Mahathir, agenda serta kepentingan negara lebih penting daripada emosi peribadi antara mereka.

“Kita telah membuat keputusan untuk melupakan sahaja apa yang telah berlaku sebelum ini sambil mengorak ke hadapan demi kepentingan negara berbanding perbalahan peribadi,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, setakat ini Mahathir tidak menyebut tarikh beliau akan melaksanakan peralihan kuasa mahupun meletak jawatan itu secara jelas.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply