Setiausaha Agung PKR: Peralihan Kuasa Akan Tetap Berlaku | Malaysia News
September 17, 2024

Setiausaha Agung PKR: Peralihan Kuasa Akan Tetap Berlaku

Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung PKR: Peralihan Kuasa Akan Tetap Berlaku

Putrajaya, MTN –  Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar akan tetap berlaku kerana ia telah dimuktamadkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 7 Januari 2018 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Menurutnya, perjanjian itu telah ditandatangani bersama antara Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohammad Sabu; Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tan Sri Rais Yatim, misalnya, pada 2018 kita lawan dia, sekarang dia masuk (PH). Dia pula sebut segala perkara yang dia tidak pernah terlibat dalam proses awal semasa kami muktamadkannya pada 7 Januari lalu,” katanya.

Saifuddin yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika diminta mengulas mengenai isu peralihan kuasa yang semakin hangat diperkatakan ketika ini berkata, meskipun dalam perjanjian itu tidak meletakkan tarikh tertentu berhubung perkara tersebut, namun yang jelas ia tetap akan berlaku.

“Dalam perbincangan itu sebenarnya sudah diberi gambaran atau satu isyarat yang sangat jelas,” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply