Sikap Demokrasi Anwar Ibrahim
Sikap Demokrasi Anwar Ibrahim
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sentiasa terbuka dan bersabar dalam menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak terhadap parti itu. Sebab Parti Keadilan mematuhi sistem demokrasi.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa kesabaran beliau tetap ada batasnya, terutamanya terhadap pihak yang menggambarkan PKR sebagai parti yang lemah.
“Kita Parti Keadilan (mematuhi sistem) demokrasi. Dia bukan orang nak cakap sikit, pancung, cakap sikit pancung, saya tak mahu. Saya sabar sebab saya fikir orang ada hak bagi pandangan.
“Tetapi kalau kesabaran itu sampai memberi gambaran parti ini pecah, parti ini lemah, saya tak boleh. Sebab selagi saya presiden, tanggungjawab saya bina kekuatan parti dan hormat suara akar umbi,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR negeri Perak, malam ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi kenyataan untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih-lebih lagi semasa beliau sedang menggalas satu tugas yang bukan mudah.
“Khamis lepas saya berjumpa beliau dan bersembang lama. Saya buat pendirian bagi sokongan penuh kepada beliau sebagai ketua. Kita jangan persulitkannya, kita bersatu jangan berpecah,” kata Anwar.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020