Tentang Undi Tidak Percaya, Ini Kata Naib Ketua AMK Lembah Pantai
Tentang Undi Tidak Percaya, Ini Kata Naib Ketua AMK Lembah Pantai
Kuala Lumpur – Polemik undi tidak percaya terhadap Presiden Parti PKR, Dato Seri Anwar berterusan.
Naib Ketua AMK Lembah Pantai, Nazrin Idham Razali mengakui bahawa hanya mencadangkan tetapi tidak membuat usul undi tidak percaya kepada Presiden Anwar Ibrahim dalam Kongres AMK 2019.
“Usul undi tidak percaya terhadap Anwar, kita cuma cadangkan saja,” katanya kepada media, Selasa (3/12).
Selain itu beliau turut menyatakan bahawa perkara tersebut tertakluk kepada para pimpinan AMK yang lain atau perwakilan untuk membawa usul ke Kongres pada 6 Desember nanti di Melaka.
“Tertakluk kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) AMK bawa ke kongres,” ujarnya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan