Menjelang Kongres, Exco Pemuda PKR Ingatkan Komitmen Dan Idealis Parti | Malaysia News

Menjelang Kongres, Exco Pemuda PKR Ingatkan Komitmen dan Idealis Parti

Kongres Nasional PKR

Menjelang Kongres, Exco Pemuda PKR Ingatkan Komitmen dan Idealis Parti

Kuala Lumpur – Selang beberapa hari lagi menjelang Kongres Nasional 2019 yang akan berlangsung di Melaka. Kongres ini akan membenarkan ahli-ahlinya untuk menegaskan semula komitmen mereka terhadap reformasi dan keadilan yang sudah menjadi dasar parti semenjak tahun 1998.

Menanggapi perkara tersebut, para exco Pemuda PKR iaitu Sarawanan Selvarajoo, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Khairul Anuar Musa, Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin dan Ahmad Kusyairi Khalid menggesa para ahli untuk hadir dan menunjukkan sokongan mereka kepada presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya.”Kami memohon kepada semua perwakilan dan pemerhati supaya hadir untuk mengingat semula komitmen dan idealisme parti sepanjang 20 tahun yang lalu,” katanya kepada wartawan, Selasa (3/12).

“Marilah kita menghadiri kongres dan menunjukkan sokongan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden kita dan bersama-samalah kita menyokong beliau sebagai perdana menteri kelapan negara,” tambahnya.

Sayap Pemuda PKR telah bergoncang akibat perbalahan dalaman terkini, seolah-olah antara mereka ada yang bersekutu dengan Anwar dan ada antara mereka yang menyokong timbalan presiden Datuk Seri Azmin Ali.

“Kehadiran di kongres tahun ini akan menjadi manifestasi bahawa kami masih berkomitmen untuk menegakkan agenda reformasi dan mencari keadilan bagi rakyat,” ujarnya.

Anwar dan Azmin masih berselisih, dengan persaingan antara keduanya semakin memburuk menjelang kongres nasional parti yang akan berlangsung pada minggu ini.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply