Dr Mahathir Mohamad Tutup Bicara Soal Menteri Tugas Khas Anwar Ibrahim
Dr Mahathir Mohamad Tutup Bicara Soal Menteri Tugas Khas Anwar Ibrahim
Kuala Lumpur – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memilih untuk tidak menyatakan persetujuannya tentang cadangan melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Tugas Khas.
Ditanya apakah beliau setuju dengan cadangan dari Penasihat Komunikasi dan Medianya, A Kadir Jasin, beliau menjelaskan bahawa semua orang bebas untuk menzahirkan pandangan mereka.
“Itu pendapat dia. Di Malaysia kita bebas berbicara. Siapa pun boleh memberikan cadangan. Saya dengar semua orang punya cakap, tak semuanya kita setuju. Ada banyak (juga) cadangan tentang rombakan Kabinet, ini adalah kebebasan bersuara,” katanya Selasa (3/12).
“Anda boleh menyuarakan apa yang anda suka tetapi apakah saya akan bersetuju atau tidak, apa yang saya fikirkan, hanya saya yang tahu,” tambahnya.
Anwar dan Kadir menghadiri jamuan makan malam merayakan ulang tahun Malaysiakini yang ke-20 pada hari Sabtu. Kelmarin, Kadir mencadangkan agar Anwar dilantik sebagai Menteri Tugas Khas selepas Mahathir bersedia untuk mempertimbangkan rombakan kabinet selepas kekalahan pahit Pakatan Harapan di dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Tidak tahu pertemuan bekas anggota PKM
Sementara itu, Mahathir berkata bahawa beliau tidak tahu menahu pertemuan bekas anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang pada minggu lalu.
“Anda bercakap tentang parti komunis. Saya baru saja membaca suratkhabar. Saya baru saja kembali dari Korea. Tanyakan tentang Korea, saya boleh jawab,” katanya.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin juga menyuarakan kebimbangannya terhadap pertemuan kontroversi tersebut dan berharap polis, termasuk Cawangan Khas, akan mempercepatkan penyiasatan mereka.
Pertemuan pada tarikh 1 Disember itu dihadiri oleh 300 orang, sebahagian besar adalah warga emas.
Majlis tersebut dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989. Pertemuan yang sama juga turut diadakan di Hatyai malam tadi.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan