Tentang Pindaan Perlembagaan, Dr M ‘Mimpi’ Jadi PM Sampai Usia 100 Tahun
Tentang Pindaan Perlembagaan, Dr M ‘Mimpi’ Jadi PM Sampai Usia 100 Tahun
Kuala Lumpur – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongannya terhadap pindaan perlembagaan yang akan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.
“Saya berusia 94 tahun. Anda ingin melihat saya menjadi perdana menteri pada usia 100?” katanya, Selasa (3/12).
Untuk pengetahuan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Pindaan ini jika dipersetujui akan menetapkan tempoh jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri terhad kepada dua penggal. Perkara yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Tun Mahathir menjadi perdana menteri paling lama dan diangkat sebagai perdana menteri untuk pertama kalinya pada Julai 1981, menjelang pilihan raya umum keenam.
Beliau kemudiannya mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada Oktober 2003, menjelang PRU-11 yang diadakan pada 2004.
Penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjawat jawatan tersebut hanya untuk satu penggal sebelum digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selama dua penggal.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan