Pengerusi PKR Perak: Tidak Ada Istilah 'Orang Tengah' Bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim | Malaysia News

Pengerusi PKR Perak: Tidak Ada Istilah ‘Orang Tengah’ Bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi PKR Perak: Tidak Ada Istilah ‘Orang Tengah’ Bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim

Shah Alam – Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengatakan bahawa tidak perlu ada istilah ‘orang tengah’ bagi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dapat bertemu dengan pemimpin parti atau ahli parti di peringkat akar umbi.

Menurutnya tidak ada sesiapa yang boleh menghalang ahli untuk bertemu Anwar kerana beliau adalah individu paling layak dalam kapasitinya sebagai orang nombor satu parti.

“Saya tidak nampak isu atau orang tengah untuk mendamaikan sesiapa kerana benda ini bukan perselisihan antara dua pemimpin tetapi pokok utama adalah menghormati peraturan parti,” katanya sebagaimana yang dipetik dari laman Sinarharian.com, Selasa (3/12).

Farhash menyatakan perkara ini sebagai mengulas tentang usaha untuk menggerakkan perdamaian antara Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kalau hormati parti dengan datang mesyuarat, selesai semua masalah. Sebaliknya, mesyuarat setahun tidak hadir, selepas itu keluar kenyataan berlawanan dengan keputusan parti,” ujarnya lagi.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply