Wabak Covid-19, FKPB: Jangan Lupa Bantuan Kepada Gelandangan | Malaysia News

Wabak Covid-19, FKPB: Jangan Lupa Bantuan Kepada Gelandangan

Wabak Covid-19, FKPB: Jangan Lupa Bantuan Kepada Gelandangan

Kuala Lumpur, MTN – Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera membantu penempatan sementara kumpulan gelandangan dan terpinggir di ibu negara.

Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia (FKPB) berkata, mereka ini bukan sahaja tiada kediaman tetap juga mengalami kekurangan bekalan makanan.

Malah, kelompok ini berpotensi menjadi individu berisiko tinggi dijangkati Covid-19, menurut Setiausaha Agungnya, Mohammad Rizan Hassan.

Beliau turut mengingatkan para sukarelawan tidak membenarkan sukarelawan masing-masing bergerak dalam kumpulan yang besar termasuk memastikan hanya sukarelawan berkemahiran tinggi sahaja untuk bekerja di lapangan membantu kumpulan sasar.

Rizan juga memaklumkan FKPB bersama Persatuan Untuk Anak Kita (Puak) telah menggerakkan bantuan awal keperluan makanan harian khusus kepada mereka yang tidak pulang ke kampung halaman.

Bantuan disalurkan terus kepada pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta dan ILKA/S di sekitar Kuala Lumpur dengan bantuan sukarelawan dalam skala yang kecil.

Gerakan bantuan awal ini telah di mulakan sejak semalam di Universiti Putra Malaysia, Serdang membabitkan 1090 orang pelajar.

Bantuan akan diteruskan di sekitar Kuala Lumpur/Selangor sehingga suasana panik di kalangan pelajar kembali tenang.

Facebook Comments

Author Profile

Chen Fang Guang

About The Author

Leave a Reply