Wan Azizah: Teknologi Adalah Asas Paling Penting dalam Pembinaan Negara Pintar
Wan Azizah: Teknologi Adalah Asas Paling Penting dalam Pembinaan Negara Pintar
Shah Alam – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bahawa saat ini penggunaan teknologi adalah asas paling penting dalam pembinaan negara pintar yang dilengkapi dengan infrastruktur yang mampan.
Selain itu menurut Wan Azizah yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, inisiatif negara pintar hanya akan berhasil jika ada penerimaan dari masyarakat beserta kerangka perundangan yang bersesuaian yang merentasi hierarki kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Terdapat beberapa inisiatif utama yang saya fikir harus dilaksanakan secepat yang mungkin di peringkat kerajaan tempatan,” katanya kepada wartawan sewaktu berucap merasmikan ‘Smart Technology For Smart City Summit 2019’ pada hari Rabu (27/11).
“Antaranya adalah inisiatif bandar selamat untuk mengubah persekitaran awam dan jalan raya menjadi ruang yang lebih selamat dengan penggunaan teknologi serta mengurangkan kesesakan lalu lintas,” tambahnya.
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.
Dr Wan Azizah turut berkata bahawa gangguan sistem operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Ogos lalu membuktikan betapa pentingnya penggunaan teknologi pintar kepada negara.
“Teknologi pintar bukan hanya untuk tujuan pemantauan semata-mata tetapi juga untuk pengumpulan data bagi memahami punca permasalahan dan kaedah penyelesaian yang lebih baik,”
“Selain itu, terdapat juga keperluan untuk memperkasakan aspek keselamatan data dan sistem menerusi pembangunan dalam bidang ‘Keselamatan Siber’, ‘Teknologi Enkripsi’ dan ‘Komputasi Awan yang Selamat,” tambahnya lagi.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan