Wan Azizah Tidak Dilantik Raymond Cheah Sebagai Penasihat
Wan Azizah Tidak Dilantik Raymond Cheah Sebagai Penasihat
Putrajaya, MTN – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kalau Pejabat Timbalan Perdana Menteri tidak pernah melantik individu bernama Raymond Cheah sebagai penasihat.
“Justeru itu, sebarang urusan melibatkan individu terbabit tiada kaitan langsung dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri mahupun Dr Wan Azizah,” kata Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Dr Wan Azizah.
Sehubungan itu, katanya satu laporan polis akan dibuat kerana individu terbabit telah menyalahgunakan nama baik pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Hantaran itu turut menyertakan gambar sekeping kad nama individu tersebut yang menggunakan jawatan penasihat kepada jabatan Timbalan Perdana Menteri.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan