Zahid: ‘Kalau Muhyiddin bercakap benar, kenapa takut bersumpah laknat’
Zahid: ‘Kalau Muhyiddin bercakap benar, kenapa takut bersumpah laknat’
Tindakan menyeru Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan sumpah laknat adalah cara segera untuk mempertahankan diri daripada pembohongan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau bukan taksub kepada sumpah tersebut, namun tuduhan itu keterlaluan dan memaksanya untuk melakukan.
Menurutnya, dalam keadaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin menghampiri dan menerima tohmahan sebegitu, beliau tidak mempunyai banyak pilihan.
“Jika membawanya ke mahkamah pasti panjang prosesnya dan hanya terbukti sesudah PRN Johor lama berakhir.
“Bersumpah bukan perkara main-main jika implikasinya mungkin tidak di dunia, tetapi di akhirat nanti.
“Itulah destinasi sebenar kehidupan setiap insan sedangkan dunia hanyalah tempat tumpangan sementara semata-mata.
“Kalau dia bercakap benar, kenapa takut untuk bersumpah laknat? Mungkin dia sebagai anak ulama sudah tahu akibatnya jika dia laksanakan sumpah laknat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa Muhyiddin tidak berganjak dengan kenyataannya bahawa Ahmad Zahid bertemu dengannya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Tegasnya, apa yang disuarakannya adalah benar dan bukan permainan politik.
Dalam pada itu, Zahid turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah bertemu bekas Perdana Menteri itu untuk memintanya dibebaskan seperti yang didakwa.
Tambahnya, sejak awal beliau yakin tidak bersalah terhadap pendakwaan dikenakan oleh Pakatan Harapan (PH) sejurus mereka menguasai kerajaan.
“Saya menghadapi pendakwaan dengan cekal dan tabah kerana percaya kebatilan tidak sesekali mampu mengatasi kebenaran.
“Malah, saya yakin barisan guaman saya akan memenangi kes, namun dengan syarat tiada tangan-tangan ghaib cuba menidakkan keadilan buat saya.
“Keputusan PRN Johor tidak beri kesan kepada mahkamah, sebaliknya beri kesan kepada mereka yang pernah menipu rakyat, mereka yang mengkhianati perjuangan BN kerana takut didakwa atau terpesona dengan tawaran.
“Insya-ALLAH walau apa tohmahan mereka lemparkan, Pengerusi BN tidak akan sesekali melutut di hadapan mereka. Meski berdentum guruh di langit, tidak hancur bumi sebelum kiamat. Banyak ujian menimpa, namun perjuangan tetap saya teruskan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Zahid menegaskan, mereka yang sanggup membuat tuduhan fitnah demi kepentingan politik sepatutnya dianggap memalukan.
“Hari ini pihak yang menuduh enggan menyahut seruan bersumpah laknat sebagai membuktikan keyakinan apa yang dikata.
“Saya berharap hentikanlah politik hasutan dan kebencian seperti itu yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.
“Apapun saya dengan hati yang ikhlas dan terbuka memaafkan insan-insan yang cuba menzalimi saya sekali lagi.
“Begitu juga kepada penyokong-penyokong dan labu-labunya yang terpedaya menjadi lidah serta jari penyebar fitnah dan pembohongan,” ujarnya. [SH]
Lumrah setiap insan tanpa mengira siapa akan mempertahankan diri apabila cuba dizalimi.
Maka apakah saya jua sebagai…
Posted by Zahid Hamidi on Tuesday, February 22, 2022
Baca :
Muhyiddin: ‘Saya ada bukti malam itu, dia nak sumpah berapa kali, sumpahlah’
Zahid Hamidi sedia sumpah laknat nafi bawa ‘Fail Bertimbun’ jumpa Muhyiddin
Zahid Hamidi terguris Muhyiddin persenda nama allahyarham bapanya
Zahid bawa fail kes mahkamah dia, dan dia kata Tan Sri tolonglah…
Najib: Muhyiddin langgar SOP masa darurat, tapi PN tak suruh letak jawatan
Kalau dedah 1MDB dianggap pengkhianat, Ini pula senarai pengkhianatan UMNO, BN
Najib Razak (Bossku) – Muhyiddin Yassin (Abah) berbalah
Kalau Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macam mana?
Muhyiddin malu dikait dengan parti yang angkat pesalah jenayah berat sebagai Boss
Author Profile
Latest entries
- NationalDecember 6, 2024Banjir beransur pulih di tujuh negeri
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC