Pengarah Komunikasi PKR: Belum Ada Usul Undi Tidak Percaya Terhadap DSAI
Pengarah Komunikasi PKR: Belum Ada Usul Undi Tidak Percaya Terhadap DSAI
Kuala Lumpur – Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata bahawa sehingga saat ini belum pernah lagi ada usul undi tidak percaya terhadap presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ini bertentangan dengan tuduhan sebaliknya.
Fahmi yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, menegaskan bahawa individu yang membuat dakwaan – Nazrin Idham Razali – bahkan tidak pernah hadir ke mana-mana mesyuarat bahagian Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai (AMK) atau Mesyuarat Agung Tahunan.
“Bagaimana nak percaya? Di Lembah Pantai, Nazrin sendiri tidak pernah datang ke mana-mana mesyuarat AMK, acara-acara atau bahkan Mesyuarat Agung Tahunan. Mana ada usul semacam itu?” katanya kepada wartawan, Ahad (1/12).
Beliau menegaskan bahawa hanya usul yang telah diajukan, diperdebatkan dan diputuskan oleh ahli-ahli yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan menjadi usul yang akan dibawa ke kongres PKR oleh sayap-sayap politiknya atau para delegasi pusat parti.
Fahmi berkata bahwa Nazrin tidak boleh mengajukan usul semacam itu ke kongres PKR hanya dengan mengeluarkan kenyataan akhbar.
“Tidak ada usul sebagaimana yang dia katakan pernah dibincangkan di Mesyuarat Agung Tahunan AMK Lembah Pantai. Juga tidak wujud mekanisme untuk membawa usul ini menerusi kenyataan media seperti yang dilakukan olehnya,” kata Fahmi.
“Oleh sebab itu, kenyataan tersebut tidak boleh dipercayai kerana penandatangan bersama telah menyangkal ada memberi kebenaran untuk namanya dimasukkan,” tambahnya lagi.
Fahmi merujuk kepada kiriman Facebook oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda PKR Lembah Pantai, Mohd Faizal Yahya awal hari ini, yang mana beliau menafikan ada memberikan persetujuan untuk namanya dimasukkan ke dalam dakwaan Nazrin.
Faizal menulis sebuah kenyataan ringkas yang menyangkal penglibatannya dalam usul undi tidak percaya.
“Saya seperti bernama di atas Mohd Faizal bin Yahya menafi sekeras-kerasnya pembabitan atas isu yang dibawa oleh Naib Ketua AMK LP iaitu Nazrin Idham bin Razali yang menggunakan nama saya selaku AJK LP tanpa pengetahuan dan persetujuan saya dalam kenyataan beliau di dalam mana-mana media termasuk Facebook dalam page beliau.”
Kelmarin, Nazrin di halaman Facebook peribadinya menyatakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Anwar sebagai presiden PKR, berikutan perbalahan dalaman parti serta pemecatan beberapa pemimpin PKR Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Tetap Sayap Pemuda PKR Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan Timbalan Pengerusi Tetap Sayap Pemuda PKR Mohd Ramly Ahmad.
Nazrin telah menandatangani cadangan tersebut menerusi kenyataan umum sebagai Naib Ketua AMK PKR Lembah Pantai, dalam masa yang sama turut menyenaraikan ahli jawatankuasa AMK Lembah Pantai, iaitu Faizal, Mohd Nur Fadli Omar dan Muhammad Yazid Mohamad Salleh sebagai orang yang ikut menandatangani deklarasi tersebut.
Ketika ditanya tentang kemasukan nama-nama seperti Fadli dan Yazid, Fahmi menekankan bahawa itu adalah tindakan yang tidak jujur dari Nazrin berdasarkan penafian oleh Faizal hari ini.
“Sekalipun hanya seorang dalam senarai tersebut yang tidak diminta kebenaran, dan kemudian namanya tetap dimasukkan, itu menunjukkan mala fide oleh penulisnya. Dalam erti kata lain, penulis tidak jujur. Bila kita lanjutkan kepada kesimpulan logiknya, maka kenyataan itu tidak jujur. Bagaimana nak percaya? ”Fahmi memberitahu Malay Mail ketika dihubungi untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.
Kontroversi dari kenyataan Nazrin ini adalah yang terbaru dalam beberapa hari lagi menjelang kongres nasional PKR yang akan diadakan dari 5 Disember hingga 8 Disember di Melaka.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail awal hari ini menafikan khabar angin bahawa sebuah lagi kongres PKR akan berlangsung serentak dengan kongres rasmi.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan