Azmin Diminta Insaf Sebelum Kongres Nasional | Malaysia News

Azmin Diminta Insaf Sebelum Kongres Nasional

Azmin Diminta Insaf Sebelum Kongres Nasional

Kuala Lumpur – Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, bahawa Timbalan Presiden PKR Dato Seri Mohamed Azmin Ali semakin hilang adab. Ini dapat dilihat dalam langkah-langkah politiknya baru-baru ini.

“Semenjak kebelakangan ini Timbalan Presiden PKR (Azmin) kelihatan seperti sudah kehilangan adab dan cuba mengeruhkan keadaan kerana terdesak.

“Kalau sebelum ini merajuk kerana tidak dapat merasmikan Kongres AMK, kali ini beliau hendak mendesak presiden untuk meminta maaf hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan parti.

“Jika Azmin sering beri alasan tidak hadir mesyuarat kerana tugas sebagai menteri, apa pula alasan 19 orang ahli MPP yang bersamanya? Tapi bila hendak berjumpa dengan pihak pembangkang senang sahaja dipelawa ke kediaman rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Farhash juga menasihatkan agar Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak menyesatkan ahli-ahli parti yang lain. Di samping itu, beliau juga meminta Azmin untuk insaf sebelum kongres nasional.

“Nasihat saya kalau sudah hilang arah silalah buat keputusan yang betul tapi jangan terus menyesatkan ahli-ahli parti dengan bersikap munafik.

“Saya juga minta Azmin untuk insaf sebelum kongres nasional dan lebih berhemah sebagai penjawat awam,” tegasnya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply