Anwar Enggan Layan Desakan Mohon Maaf | Malaysia News

Anwar Enggan Layan Desakan Mohon Maaf

Anwar Enggan Layan Desakan Mohon Maaf

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada desakan membuat permohonan maaf selepas pemecatan Zakaria Abdul sebagai Ahli Majlis Pusat (MPP).

Sebab, menurut Ahli Parlimen Port Dickson ini, gesaan permintaan maaf itu dibuat oleh kumpulan yang tidak benar dan sepertinya dimainkan oleh pihak tertentu.

Anwar menjelaskan bahawa pemecatan Zakaria telah dijalankan oleh MPP setelah menerima cadangan daripada Dewan Disiplin berdasarkan surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat pelanggaran dua ahli PKR.

“Nak suruh saya minta maaf? Orang ini (Zakaria) dituduh rasuah, SPRM yang tuduh, bukan saya tuduh. Timbalan Pendakwaraya kata mesti ambil tindakan, lepas tu saya kena minta maaf?” kata Anwar pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Dialog Peradaban Islam Confucianisme di Pusat Konvensyen Arena Spice di Bayan Baru pada Sabtu 30 November 2019.

Menurut Anwar, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan R. Sivarasa juga menafikan bahawa mereka menuntut permohonan maaf, sebaliknya hanya mahu pemecatan itu dipertimbangkan semula.

“Pagi tadi saudara Tian Chua dan Sivarasa dan beberapa lain ada hubungi saya. Kenyataan itu tidak benar, kenyataan ditandatangi itu sebahagiannya benar, supaya merayu, supaya lembaga disiplin tidak ada halangan,” kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sekiranya kumpulan itu mahu membuat rayuan, beliau tidak mempunyai sebarang halangan dan Lembaga Disiplin PKR boleh meneliti semula pemecatan itu.

Namun, ujarnya, adalah lebih baik sekiranya Zakaria sendiri yang membuat permohonan rayuan tersebut.

“Rayuan, saya tak ada halangan. Orang merayu supaya Lembaga Disiplin meneliti semula. Sebaiknya yang merayu Zakaria sendiri,” kata Anwar lagi.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply