Melaka – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah berikrar akan membela dan mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan melakukan kesalahan seksual.
Dalam perkara ini, Timbalan Presiden PKR meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah dengan bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam budaya politik yang kotor dan jijik.
Mohamed Azmin juga menyokong tindakan Presiden PKR yang membuat laporan polis dan menghantar surat dakwaan kepada orang-orang yang terlibat.
“Anwar membuat kenyataan sebelumnya hari ini, dan sebagai timbalan presiden dan pemimpin tertinggi parti, kami membelanya,” katanya, Jumaat (6/12).
“Kami adalah parti yang menolak politik menjijikkan. Politik kotor bukanlah amalan kita. Kami mahu para pembangkang ajukan hujah dan wacana yang sihat, tidak terlibat dalam fitnah dan kata-kata kesat,” ujarnya.
“Saya fikir Anwar telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan, termasuklah membuat laporan polis dan kami menyerahkannya kepada pihak polis untuk menyiasat dan siapa pun yang terlibat dalam budaya ini harus dihukum karena kami ingin persekitara masyarakat yang bersih dari budaya politik yang kotor,” katanya.
Author Profile
Latest entries
CoronaVirus_Covid-192021.08.13Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
CoronaVirus_Covid-192021.08.13Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
National2021.08.05Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
National2021.07.26Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan