Kerajaan Negeri Perak Minta Kementerian Pendidikan Berikan Perhatian Sekolah Usang
Kerajaan Negeri Perak Minta Kementerian Pendidikan Berikan Perhatian Sekolah Usang
Ipoh, MTN – Kerajaan negeri Perak meminta Kementerian Pendidikan supaya memberi lebih perhatian terhadap sekolah-sekolah yang berada dalam keadaan usang yang memerlukan pembaikan segera.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata dalam konteks Perak, antara perkara yang memerlukan perhatian segera adalah berkaitan penyelenggaraan terhadap pendawaian elektrik selain bangunan sekolah yang telah usang, dan ada yang reput.
“Di Perak, sekolah-sekolah yang mengalami masalah seumpama itu bukan hanya sekolah luar bandar sahaja, tetapi juga yang berada di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini, hari ini.
Menurutnya ketika ini kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM94,500 bagi bantuan membantu penyelenggaraan lapan sekolah di Perak, dan antara sekolah yang menerima peruntukan itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom, Kampar; Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban, Pengkalan Hulu; SK Seri Aman, Taiping dan SK Chenderong Kelubi, Kampung Gajah.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan