Akibat Covid-19, Klinik Swasta Di Temerloh Terpaksa Ditutup | Malaysia News

Akibat Covid-19, Klinik Swasta di Temerloh Terpaksa Ditutup

Akibat Covid-19, Klinik Swasta di Temerloh Terpaksa Ditutup

Kuala Lumpur, MTN – Sebuah klinik swasta di Temerloh, Pahang terpaksa ditutup bagi kerja-kerja disinfeksi selepas salah seorang pesakitnya yang telah dijangkiti Covid-19 melepasi saringan wabak berkenaan.

Klinik Sulaiman Temerloh dalam satu kenyataannya memberitahu, klinik tersebut ditutup sehingga 24 Mac ini atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Pada 9 Mac 2020, pesakit kontak Covid-19 telah melepasi saringan kami.

“Pihak kami dimaklumkan mengenai kes tersebut dan diarahkan untuk disinfeksi klinik serta menutup operasi sehingga 23 Mac 2020 (14 hari dari kes pesakit datang ke klinik iaitu pada 9 Mac 2020),” katanya seperti yang disiarkan di laman Facebook rasmi klinik berkenaan.

Notis turut ditampal di pintu klinik berkenaan bagi memaklumkan operasi akan dimulakan semula pada 24 Mac ini.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan lapan kematian akibat wabak Covid-19 yang mana enam daripadanya adalah dari kluster tabligh, seorang lagi mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan juga mempunyai kontak rapat peserta tabligh manakala korban pertama di negara ini adalah paderi dari Sarawak.

Semalam jumlah kes positif baharu direkodkan adalah sebanyak 153 menjadikan kes keseluruhan positif Covid-19 adalah sebanyak 1,183 setakat ini.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply