Anwar Ibrahim: PKR Tidak Boleh Banding Dengan Parti Lain | Malaysia News

Anwar Ibrahim: PKR Tidak Boleh Banding dengan Parti Lain

Anwar_Ibrahim

Anwar Ibrahim: PKR Tidak Boleh Banding dengan Parti Lain

Melaka, MTN – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa lebih 80 peratus perwakilan hadir dalam Kongres Nasional PKR di Melaka, Malaysia kemarin.

“Selepas dua hari yang melelahkan (Kongres Nasional PKR) akhirnya seperti yang kita lihat, lebih 80 peratus perwakilan mendaftar, saya percaya parti masih berada dalam landasan,” katanya ditulis Isnin (9/12).

“Saya akui seperti yang disebut kawan-kawan parti yang harungi banyak ujian. Ingin parti reformasi, semua berani belaka dan ruang ini tidak semestinya negatif. Kita tidak boleh banding parti ini dengan parti lain,” tambahnya.

Seperti yang diketahui bahawa Azmin dan kumpulannya tidak hadir ke sesi penggulungan hari ini sehinggakan sesi penggulungan sayap wanita diwakili oleh Naib Ketua mereka, iaitu saudari Sangheta Jayakumar.

Bahkan Azmin tidak menyampaikan ucapan penggulungan atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden kerana beliau tidak ada di kerusinya.

Anwar mengatakan bahawa beliau akan mengambil pendekatan yang lebih tegas terhadap 12 peratus pemimpin dan perwakilan yang tidak menghadiri Kongres hari ini.

“12 peratus yang tidak mahu hadir kita dekati ini bukan displin dalam parti, melainkan mereka rasa tidak sesuai dengan kepimpinan. Tindakan saya tentunya lebih tegas daripada sebelum ini,” ujarnya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply