Badan Pemikir: Calon Bebas Bakal Jadi Kingmaker Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang
Badan Pemikir: Calon Bebas Bakal Jadi Kingmaker Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang
Kuala Lumpur – Sebuah badan pemikir mendapati bahawa calon-calon Bebas berupaya menjadi kingmaker pada pilihan raya umum akan dantang.
Kumpulan penyelidik Emir Research berkata hal ini disebabkan sokongan ke atas Pakatan Harapan dan gabungan Umno-PAS terlalu rapat.
Dalam sebuah kaji selidik yang dijalankan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai, hal yang mengejutkan ialah sejumlah 17% responden mengatakan bahawa mereka akan menyokong calon Bebas, dengan 41% menyokong Pakatan Harapan dan baki 38% menyokong Umno-PAS.
“Berdasarkan anggaran margin kesalahan lebih kurang 3%, persaingan (antara dua gabungan) boleh digambarkan masing-masing di paras tengkuk,” kata Penolong Profesor Sains Ekonomi dan Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Datin Dr Margarita Peredaryenko yang ditulis pada hari Jumaat 13/12.
Sokongan yang ketara terhadap calon Bebas, terutamanya di kalangan kaum muda, adalah isyarat untuk memunculkan kuasa ketiga sekiranya seorang calon Bebas yang sudah muak dengan kedua-dua Pakatan dan Muafakat Nasional (Umno-PAS) memutuskan untuk masuk ke sebuah pergerakan tunggal,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau turut memberi taklimat bahagian kedua kepada media tentang Inaugural Poll on the Government Satisfaction Index (GSI) yang dijalankan oleh Emir Research berkenaan tujuan pengundi semasa mengundi dan kesannya terhadap memenuhi manifesto.
Kajian itu menyimpulkan skor GSI sebanyak 0.53, yang menunjukkan kepuasan purata.
Beliau berkata walaupun terdapat pelbagai faktor mempengaruhi pilihan pengundi, GSI didapati sebagai peramal penting bagi mendapatkan tujuan pengundi semasa mengundi.
Walaupun kajian itu juga mengandungi tahap kepuasan responden terhadap prestasi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Pendidikan dan Menteri-menteri Kabinet yang lain, Emir Research enggan untuk mendedahkan dapatan, berdasarkan etika.
Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research, Datuk Dr. Rais Hussin berkata, adalah lebih baik untuk menarik indeks berdasarkan prestasi kolektif Kabinet.
Badan pemikir tersebut menyimpulkan bahawa sebanyak 64% masyarakat Cina menyokong Pakatan; 53% responden Melayu dan Bumiputra menyokong Umno dan PAS, manakala 52% kaum India menyokong Pakatan.
Data juga menunjukkan sokongan ‘neck-and-neck’ ke atas Umno-PAS (42%) dan Pakatan (40%) daripada responden berumur 31 tahun ke bawah.
Hanya responden yang lebih tua menyatakan sokongan yang lebih besar kepada Pakatan (49%).
Kebanyakan responden luar bandar menyokong Pakatan (58%), manakala majoriti responden bandar menyokong Umno-PAS (48%).
Majoriti mereka yang memperoleh pendapatan lebih daripada RM5,000 sebulan menyokong Pakatan (52%), dengan 51% daripada golongan berpendapatan pertengahan antara RM3,001 dan RM5,000 juga menyokong gabungan pemerintah sekarang.
“Dengan reka bentuk dan pelaksanaan dasar awam yang betul, terutama mengenai ekonomi ‘perut’ (masalah roti dan mentega), PH akan dapat mengalahkan pesaingnya,” kajian itu menyimpulkan.
Majoriti pemegang ijazah menyokong Pakatan (55%), manakala 48% pemegang diploma juga turut menyokongnya.
Responden yang kurang berpendidikan kelihatan terpecah di antara Umno-PAS (42%) dan Pakatan (41%).
“Dalam erti kata lain, mereka yang merasa paling tidak selamat dalam istilah ekonomi cenderung lebih cenderung kepada Muafakat Nasional,” kata kajian tersebut.
Emir Research adalah sebuah badan pemikir bebas yang memberi tumpuan kepada cadangan dasar strategik berdasarkan penyelidikan yang rapi.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan