Dr Wan Azizah Menegaskan Hanya Ada Satu Kongres Nasional

KUALA LUMPUR – Hanya akan ada satu sahaja Kongres Nasional rasmi untuk parti PKR, iaitu yang dijadual pada 5 hingga 8 Disember ini di Melaka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Pada kami, memang parti buat satu kongres sahaja, itu yang rasmi,” kata Dr Wan Azizah, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, ketika ditemui pada program Khatan Perdana Parlimen Pandan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus bahawa ada kumpulan didakwa sebagai penyokong Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merancang mengadakan kongres berasingan parti itu pada tarikh sama.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berharap agar segala isu dan ‘pergeseran’ dalam parti itu dapat diselesaikan pada kongres ke-14 parti yang berusia 21 tahun dan mempunyai kira-kira sejuta anggota.

“Insya-Allah, kita harap.. (dapat diselesaikan),” katanya.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •   
  •  
  •  

Post Author: jamaludin

Leave a Reply