Pengarah Kesihatan: Hari Ini Jumlah Mangsa Kes Koronavirus Bertambah | Malaysia News

Pengarah Kesihatan: Hari Ini Jumlah Mangsa Kes Koronavirus Bertambah

Pengarah Kesihatan: Hari Ini Jumlah Mangsa Kes Koronavirus Bertambah

Kuala Lumpur, MTN – Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam pernyataanya bahwa kesemua tujuh kes itu melibatkan warganegara China.

Tiga kes positif terbaharu itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; seorang lelaki berusia 52 tahun yang dirawat di wad isolasi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan seorang wanita.

Wanita itu terdahulunya berstatus negatif tetapi telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh setelah mereka (kedua-dua anaknya) dikesan positif.

Sebelum ini, terdapat empat kes positif koronavirus dilaporkan di negara ini. Dr Noor Hisham berkata satu kes masih menunggu keputusan makmal.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respons terhadap wabak penyakit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik.

Kapasiti dan keupayaan sedia ada ditingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan koronavirus, katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply