Pengunduran Dr Maszlee dan Nafsu Politik Mahathir
Pengunduran Dr Maszlee dan Nafsu Politik Mahathir
Kuala Lumpur, MTN – Menteri Pendidikan Maszlee Malik secara tiba-tiba meletakkan jawatannya. Maszlee menyatakan bahawa keputusan tersebut diambil atas nasihat Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad.
Akan tetapi alasan PM Mahathir bahawa rombakan kabinet dilakukan demi persidangan APEC sebenarnya adalah sungguh tidak masuk akal. Ini kerana agenda tersebut tidak berkait langsung dengan tugas kementerian yang dipegang oleh Maszlee.
Alasan lain pula adalah kerana acara tersebut akan berlangsung pada November, justeru rombakan perlu dilakukan lebih awal.
Agenda APEC sebenarnya berkait langsung dengan bidang Ekonomi. Jika Mahathir benar-benar serius, Mahathir seharusnya melakukan rombakan dalam bidang ekonomi. Misalnya ke atas jawatan yang dipegang oleh Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi (yang secara faktanya telah gagal sebagai menteri).
Satu-satunya alasan yang boleh dipercaya hanyalah nafsu politik Mahathir yang mahu mempersiapkan orang-orang yang setia kepadanya. Sebab harus diingat, Mahathir sudah secara terbuka menyebut peralihan kuasa akan berlaku selepas persidangan APEC.
Khabar angin yang tersebar mengatakan bahawa Mahathir sememangnya sedang mempersiapkan “orangnya” untuk menggantikan Maszlee. Meskipun calonnya masih akan dari Parti Bersatu, namun cara Mahathir “meminta” Maszlee berundur adalah tindakan yang aneh dan mengelirukan.
Mengapa? Kerana yang sebaik-baiknya adalah Mahathir perlu membincangkan hal tersebut di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tujuannya, supaya rombakan ini nanti tidak menimbulkan pertelingkahan dan prasangka lain di kalangan anggota gabungan Pakatan Harapan (Ramai orang menuduh DAP adalah dalang di sebalik isu pengunduran Maszlee).
Kerana itu, jika benar Mahathir mengganti Maszlee dengan “orang” yang sudah dipersiapkannya (Datuk Seri Mustapa Mohamed), maka sebenarnya ada dua kebarangkalian yang akan muncul hasil tindakan tersebut.
Pertama, Mahathir memang serius mempersiapkan peralihan kuasa untuk Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Atau yang kedua, Mahathir memang tidak mahu menyerahkan kuasanya dan mempersiapkan orang-orang yang taat setia kepadanya dalam kabinet (Spokesman) untuk mendukung tindakan wewenang tersebut.
Saya peribadi rasa-rasanya kita sedang melihat Mahathir melakukan tindakan yang kedua.
Ditulis: RaheemArshavin
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan