Perdana Menteri Inggris Boris Johnson: Penggemar Dapat Kembali Ke Stadium | Malaysia News

Perdana Menteri Inggris Boris Johnson: Penggemar dapat Kembali ke Stadium

Perdana Menteri Inggris Boris Johnson: Penggemar dapat Kembali ke Stadium

Perdana Menteri Inggris Boris Johnson: Penggemar dapat Kembali ke Stadium

London, MTN – Peminat sukan di England dibenarkan kembali ke stadium selepas ditutup selama berbulan-bulan akibat COVID-19, umum Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Isnin.

Sementara itu, empat daripada perlawanan gergasi Liga Premier di Liverpool dan Manchester masih perlu menunggu beberapa hari lagi, lapor agensi berita Xinhua.

Liverpool, Everton, Manchester United dan Manchester City, perlu menunggu sehingga Khamis sama ada stadium di lokasi mereka boleh dibuka semula setelah sekatan pergerakan berakhir 2 Disember ini.

Hanya stadium di bandar atau di dua kawasan Tahap Satu dan Dua yang dibenarkan dibuka.

Di bawah rancangan kerajaan, untuk wilayah Tahap Satu hanya 4,000 penonton dibenarkan menyaksikan acara sukan seperti perlawanan Liga Perdana manakala 2 ,000 untuk Tahap Dua. Seentara itu wilayah yang berada di bawah Tahap Tiga, stadium masih belum dibenarkan dibuka.

Di Liverpool, media tempatan pada Isnin malam melaporkan: ”Bandar Liverpool berharap ia akan diletakkan di bawah Tahap Dua setelah menyaksikan purata penurunan jangkitan. Bandar raya itu dipilih untuk skim ujian besar-besaran bertujuan meminimumkan penularan virus. ”

Perubahan ke Tahap Dua membolehkan perlawanan Anfield dan Goodison Park, Liverpool dan Everton, masing-masing berlangsung dengan kehadiran peminat.

Manchester United dan Manchester City juga sedang menunggu keputusan.

Greater Manchester diletakkan di Tahap Tiga pada 23 Oktober dan kekal di peringkat itu ketika sekatan pergerakan dikuatkuasakan pada 5 November.

“Jika Greater Manchester kekal di Tahap Tiga, Stadium Etihad, Old Trafford dan lokasi liga lain di seluruh wilayah itu masih perlu ditutup,” kata akhbar itu.

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply