Polis Meminta Kenyataan Latheefa Mengenai Rekod Audio
Polis Meminta Kenyataan Latheefa Mengenai Rekod Audio
Kuala Lumpur, MTN – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata laporan polis akan dibuat esok berhubung dakwaan terdapat komplot jenayah untuk menjejaskan reputasi peribadinya.
Tanpa mendedahkan butiran tempat laporan polis itu, Latheefa berkata ia akan dibuat oleh pegawai khasnya.
“Kami percaya terdapat seorang peguam antara disyaki menjadi dalang disebalik komplot itu. Sehubungan itu, pegawai khas saya akan membuat satu laporan polis serta menyerahkan bahan bukti berhubung perkara itu.
“Saya ingin menghantar satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang di sebalik (komplot) ini, bahawa saya tidak tergugat atau terancam dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya beliau akan meneruskan tugasnya untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah walaupun berdepan dengan cabaran seperti serangan peribadi dan ugutan terhadapnya.
“Ini kerana masyarakat telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap SPRM untuk membersihkan negara ini dari gejala rasuah,” katanya.
Pada 8 Jan lepas, SPRM telah mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.
Klip audio itu dipercayai perbualan yang melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan