Suruhanjaya Kesihatan China: Ada 4.515 Kes Koronavirus Dan 106 Orang Berujung Kematian | Malaysia Top News
December 1, 2020

Suruhanjaya Kesihatan China: Ada 4.515 Kes Koronavirus dan 106 Orang Berujung Kematian

Beijing, MTN – Suruhanjaya Kesihatan Negara China berkata bahwa pihak China mencatatkan sebanyak 4,515 kes disahkan koronavirus dan jumlah kematian akibat penularan virus baharu itu meningkat kepada 106 orang.

Menurut agensi berita Sputnik, pihak berkuasa kesihatan itu pada Ahad berkata sehingga 26 Jan, terdapat 2,744 kes disahkan koronavirus, 80 kematian manakala 51 lagi orang dibenarkan keluar hospital.

Dalam tempoh 24 jam lalu, suruhanjaya itu merekodkan 1,771 kes baharu yang telah disahkan dengan 26 kematian – 24 di wilayah Hubei dan masing-masing satu di Beijing dan di wilayah Hainan. Sembilan orang dibenarkan keluar hospital.

“Pada tengah malam 27 Jan (16:00 GMT Isnin), suruhanjaya menerima maklumat kira-kira 4,515 kes penyakit radang paru-paru disebabkan oleh virus baharu itu, membabitkan 30 wilayah. Daripada jumlah itu 976 orang berada dalam keadaan kritikal, 106 maut dan 60 lagi dibenarkan keluar hospital,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

Kes jangkitan turut disahkan berlaku di wilayah pentadbiran khas China di Hong Kong, Macau dan Taiwan, masing-masing sebanyak lapan, tujuh dan lima kes.

Di samping itu sebanyak 6,973 kes disyaki dan 44,132 orang lagi berada di bawah pemantauan.

Virus baharu itu mula dikesan di bandar Wuhan China pada akhir Disember. Pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan tahap risiko global daripada “sederhana” kepada “tinggi,” berikutan, jumlah kes yang disahkan akibat 2019-nCoV di seluruh dunia sejak Ahad lalu mencecah 2,014 orang termasuk 1,985 di China.

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •