Wabak Koronavirus, Ummah Mendesak Kerajaan Menutup Tapak Pelancongan
Wabak Koronavirus, Ummah Mendesak Kerajaan Menutup Tapak Pelancongan
Kuala Lumpur, MTN – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) tampil memberi cadangan tersendiri untuk kerajaan mengawal penularan wabak koronavirus yang kini menggerunkan orang ramai. Kerana, menurutnya pertubuhan itu, kerajaan Malaysia wajar menutup seluruh pusat pelancongan yang menjadi kunjungan pelancong luar.
Mengenai hal tersebut Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa, berkata wabak koronavirus yang sedang menyerang beberapa wilayah di China dan penghidapnya dikesan di beberapa negara wajib dihalang sama ada melalui atau tatacara operasi standard (SOP) atau undang-undang sedia ada.
“Ummah mengesa dengan tegas supaya kerajaan menutup semua pusat pelancongan yang menjadi kunjungan pelancong luar bagi mengelakkan virus wabak ini terus merebak dan menyerang rakyat dalam negara kita,” katanya.
“Walaupun kerajaan menjelaskan wabak ini masih terkawal, tetapi tiada jaminan wabak ini tidak menyerang rakyat dalam negara ini. Maka amat wajar langkah mencegah didahulukan bagi menyelamatkan rakyat dan negara,” tambahnya.
Sebagai rekod setakat ini, ada lima kes positif koronavirus yang telah disahkan di Malaysia, dengan kesemuanya melibatkan warga China di Johor.
Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan empat individu lagi – dua warga tempatan dan dua warga China – dimasukkan ke wad isolasi dengan keputusan makmal berkenaan mereka akan diketahui dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan sama Malaysia juga mengumumkan keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara China dari Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya.
Untuk rekod Wuhan ialah ibu negeri bagi wilayah Hubei.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan terkini berkata semua kemudahan imigresen itu merangkamui eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual.
Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei dan ia berkuatkuasa serta-merta, semalam.
Sementara itu Mohd Zai menegaskan bahawa nyawa rakyat lebih penting daripada segala- galanya, dan pemimpin negara wajib bertindak segera dengan penuh bijaksana dan tidak hanya perlu tunggu dan lihat dahulu.
“Kerajaan pusat dan negeri juga disarankan agar mengadakan solat hajat di seluruh negara pada hari Jumaat depan sebagaimana yang disarankan oleh mufti Wilayah Persekutuan,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan