Pandemik Covid-19, Angka Kematian Meningkat Kepada 20 | Malaysia Top News
September 19, 2020

Pandemik Covid-19, Angka Kematian Meningkat Kepada 20

Kuala Lumpur, MTN – Satu lagi kematian akibat virus Covid-19 diisytiharkan malam ini melibatkan kes ke-780 seorang lelaki warga tempatan menjadikan jumlah korban wabak itu meningkat kepada 20 orang.

Berita terbaharu itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook sebentar tadi.

Allahyarham yang berusia 76 tahun telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

“KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •